Wednesday, 7 January 2015

TURKEY

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum kepada sapa sapa yang sudi baca entry ni. Semoga Allah sentiasa merahmati kalian. Aminn... Okay, untuk entry kali ni aku nak cerita kat hampa semua tentang em tak tau la nak panggil impian ka angan angan or cita cita aku.

Actually kannn *bisik kat telinga* Aku teringin sangat nak p Turki. Ehhh chop! Yes tempat paling aku nak p memang la MEKAH In shaa Allah. Ha sambung. Start jatuh chenta dengan keindahan Turki ni since tengok "Istanbul Aku Datang". Yeay tahniah untuk cerita tu sebab dah buat aku teringin nak p sanaaaa *nanges*

Sapa yang pernah tengok cerita tuuu? Yeeey angkat tangan sambil lompat lompat. Haaa dalam cerita tu scenery dia SubhanAllah cantik sangattttttt. Aku ni act berangan dan berharap nanti aku boleh travel menerokai alam ciptaan Allah swt yang luas dan indah ni. Tapi dok pikiaq gak aa nak cari mana duit untuk belanja kat negara orang tu kann. Takpa In shaa Allah kalau ada rezeki dapat la nak p travel tu.

Okay malas nak taip panjang panjang dah. Tak dak idea nak buat ayat hehe. So nah aku jamu mata hampa tengok keindahan di bumi Turki. Sama sama doa kan aku dapat p sana nanti In shaa Allah. Sapa nak join jom lah. P ramai ramai syok kitt. Ada geng nak hingaq haha.



 Blue Mosque

 Cappadocia


Pamukkale, that means “cotton castle” in Turkish, is Associate in Nursing unreal landscape in western Turkey, illustrious for its white terraces

SUMBER : GOOGLE IMAGES

Grand Bazaar Istanbul

The Celsus Library

Nemrut Mountain

 Street of Kas
The Gate of Salutation Topkapi Palace

Istiklal Avenue, Istanbul

Trojan Horse

Dolmabahce Palace, Turkey


Haaaaaaaaaaaaaa cantik kann view kat Turkey. Ya Allah nak sangat p tengok sendiri semua tu. Kalau dapat sambung study kat sana ka kan, mana tau rezeki. Tak pa lah sampai sini ja entry kali ni. Kalau nama nama tempat kat situ TERsalah ka maafkan aku dan betulkan lah. hehe sehingga bertemu lagi kawan kawan. 

Thanks for wasting your time kat sini. Sayang hampa muah. Assalamualaikum :)

Saturday, 3 January 2015

CIKGU

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum !!! *muah kiri muah kanan*

Hehehe act malas nak update tapi disebabkan bosan tahap mega aku pun ambik keputusan merajinkan diri untuk muncul di sini. Ha kalini nak cerita kejadian pada 3Jan2015 means kelmarin la kan? Act takdak apa pun. Hari Sabtu yang indah macam selalu ja cuma sekolah ada buat pendaftaran so kena la p kannnnn. Untung la yang tak payah p sekolah tuuuu. Mencik ah kowangs.

By the way, aku happy ja nak kena p sekolah hahaha. Yeeeeee sebab utama aku nak p sekolah ialah nak p jumpa sahabat sahabat yang dirindui ((jet je)) Malam before nak p sekolah tu dengan bangga nya tidur pukul 3 lebih. Aip jangan judge awai awai. Sebab aku tidur lambat ? first tu tengok running man dengan abang n adik adik sampai pukul 1.30 lepas tu masuk bilik main phone. Ralit ralit dah pukul 3. *nanges* Tak pasai bangun pukul 6.20. Dah la rumah dengan sekolah setengah jam. Hergh tak pasai rushing pagi pagi buta ituew. hiks

Okay lepas dah siap siap semua naik lah kereta. Ayah yg menghantarku ke sekolah. Time otw tu ayah memulakan tazkirah paginya. "Kakak, hang dah ting4 dah lani. Dah besaq dah. So kena pulun la exam exam nanti." "Oh hmm" "Naik form4 ni bukannya tahun honeymoon. Time ni la nak kena study sungguh2 untuk SPM. Belajar elok elok nanti dapat result SPM elok masuk Maktab la jadi cikgu. Senang." "..."
Okay berdasarkan situasi tersebut apakah yg dapat hampa semua simpulkan? Yaya ikut la kesimpulan apa pun hampa nak buat. Tak mau ambik kesah :') Hm ayah nak sangat anak dia yang perempuan sorang ni jadi cikgu macam dia. Katanya nanti cuti senang la apa la. Setiap kali dia cakap tentang "masuk maktab" ja aku jadi sedih. Entah.

Aku bukanlah tak mau jadi cikgu 100% tapi ya lah aku pun ada cita cita nak masuk U jugak hm. Tapi bak kata dia "Jangan belajar ikut minat, tapi belajar lah sebab nak tuntut ilmu. Jangan kerja ikut minat tapi kerja sebab nak dapat redha Allah." Tbh, ni la pertama kali aku dengar orang cakap buat something tu jangan ikut minat. Tapi betul jugak apa yang ayah kata tu, kalau kita minat bidang tu tapi Allah tak redha tak guna jugak.Aku takmau cakap banyak nak bangkang keputusan ayah. Tunggu ja macam mana nanti, kalau rezeki aku memang sebagai cikgu nak buat macam mana kan? Takkan nak protes pulak? Sesungguhnya Allah dah rancang semua dan susun dengan indah arah tuju hidup kita. Kita kena la terima semuanya dengan ikhlas :)

Hm setelah berfikir dengan lamanya aku tiba tiba terlintas yang jadi cikgu ni bukannya satu jenis ja. Faham dak maksud aku? Ha ceni, cikgu ni kan ada yang kerja under kerajaan ada yg under swasta. So aku jadi berminat nak jadi "Internatinal/Private School Teacher" wah gituu. Tak pun jadi cikgu kaunseling ka kan? Kalau cikgu kaunseling aku kena study psychology dan sesungguhnya minat jugak aku kat bidang macam tu.
Tapi aku tak tau kalau nak jadi cikgu yg seperti dinyatakan tu aku kena buat apa. Jadi aku ambik keputusan nak buat research n cari sebanyak mungkin maklumat pasai semua ni. So doakan aku dipermudahkan nah? Aku buat macam ni sebab aku nak puaskan hati aku dan dalam masa yg sama dapat jaga hati ayah aku yang nak aku jadi cikgu. Dia tak kata pun suruh jadi cikgu apa kan? So bolehlah aku nak jadi cikgu kat "private school" khenzzz? hehehehe

Semoga impian aku tercapai dan apa yang aku buat ni dapat redha Allah SWT. In shaa Allah. Okaylah sampai sini ja entry kali ni. Sorry la kalau title entry dengan isi entry ni meraban tak tersusun dan out of topic hehe. Aku tulis apa yang ada otak hati dan fikiran aku ja. Takpa lah. Jumpa next entry ya semua. Thanks for reading :)

Assalamualaikum...

Friday, 2 January 2015

Hijrah

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semuaaaaaa *gaya host tv gituu*

Alhamdulillah masih ada peluang kita jumpa kat entry yang seterusnyaaaa. Mesti excited kan nak baca entry baru ni ? hehehe joking. So, tau dak lagi aku nak cakap tentang apa ni? haaaa jeling balik title atas tu. nampak dak? Ha macam yang "di title" kan kat atas tu, aku akan cakap pasai hijrah, in shaa Allah.

Okay as semua orang dah tau yang kita ni merupakan umat akhir zaman. Maknanya apa kalau umat akhir zaman tu? Ha maknanya kita dah dekat sangat dah dengan Kiamat. Diulang, K.I.A.M.A.T. Kiamat ni rahsia Allah , so kita taktau akan berlaku bila kiamat ni. Jadi kita manusia ni dah ready ka belum nak hadapi kiamat? Takpalah simpan lah jawapan hampa semua dalam hati. :)

Baiklah, berbalik kepada fokus kita yang sebenarnya harini iaitu HIJRAH. Hijrah atau lebih senang aku kata berubah lah. Maknanya "balik kepada fitrah" kita. Oh ya kalau salah mana mana tu bagitau lah. Takut satgi dok syok syok tulis tapi benda tu salah. Tak pasai orang tuduh ajaran sesat pulak. Nauzubillah. ha okay sambung balik. Hijrah ni banyak definisinya tapi harini aku nak cakap pasai hijrah ke jalan Allah.

Hm nak berubah bukanlah sesuatu yg mudah tapi akan jadi mudah dan indah dengan izin Allah. Kita memang dah niat dah nak berubah tapi taktau apa perkara pertama yang patut buat? Okay senang ja. Kita buat benda first sekali yang ada dalam RUKUN ISLAM. Apadia? Mengucap 2 kalimah syahadah kan? Ha so mengucap la balik. In shaa Allah semua orang tau kan cara nak mengucap? Ha Alhamdulillah.

Lepas tu rukun islam yang kedua pulak ialah Mendirikan Solat. Solat kan tiang agama. Jika solat kita sempurna, in shaa Allah amalan amalan yang lain pun sempurna. So benda first yg kita kena make sure dan WAJIB tekankan bila nak berubah ni ialah Solat 5 waktu sehari semalam. Tak banyak pun sahabat, 5 ja.
In shaa Allah kita boleh lakukan. Kalau cakap pasai solat ja mesti semua cakap "Kalau solat kena khusyuk, kalau tak khusyuk tak guna jugak" Ya betul la kalau solat kena khusyuk. In shaa Allah kita boleh untuk khusyuk time solat tapi makesure la time solat tu ingat Allah ja jangan dok ingat nasi lemak yg kita makan tadi tu sedap sangat dakpun dok ingat mimpi tadi tu best rasa nak sambung mimpi balik. Jangan sahabat jangan. Izinkan hati kita ada Allah ja time solat. In shaa Allah solat kita akan lebih khusyuk. Aminnn

Okay next ! Ha baru lah buat benda benda yang lain macam puasa apa semua tu. Oh di ingatkan, kita kena qada' balik solat fardhu yg pernah kita tinggal dulu. Pernah baca yg amalan amalan sunat kita akan tergantung jika kita tak qada' balik amalan amalan wajib kita yg kita tinggal dulu. Allahu'alam. Kalau ana salah betulkan lah :) Haaaaaa benda penting! Jangan lupa solat taubat tau sahabat sahabat semua. Mohon ampun dekat Allah atas dosa dosa yang lalu. Bersihkan diri kita balik.

Lepas tu perkara yg amat penting lepas dah niat dan dah berubah tu, kita kena la istiqomah. Jangan dok buat dah benda benda yg mendatangkan kemurkaan Allah swt. In shaa Allah kita boleh buat. Ikhlaskan hati dan serahkan semua ibadah kita lillah taala. In shaa Allah akan dipermudahkanNya.

Ha banyak dah ni membebel. Aku bukan lah 'ustazah' nak bagi ceramah banyak banyak ni. Aku cuma saudara seAgama hampa semua. Aku pun masih banyak benda yg nak kena baiki.Oleh itu sahabat sahabat sekalian, sama sama la kita mendapatkan redha Ilahi. Apa yg ditulis ni pun untuk aku sendiri jugak. Tak dak nak point kat sapa. Kita sesama manusia kan di ingatkan supaya saling menasihati. Kalau ada yg aku salah fakta ka apa ka tegurlah. Ana bukan lah alim atau wara' sangat. Langsung tidak. So sampai sini ja rasanya.

Setiap kekurangan tu datangnya daripada aku dan baik baik semuanya daripada Allah.
Terima kasih kerana membaca. Undur diri dulu. Sehingga bertemu lagi sahabat sahabat.

Assalamualaikum :)

Thursday, 1 January 2015

First Entry.

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum,

Hai hai wah tengok lah title tu. hehe so this is my first time as a blogger. Well before ni pernah ja ada blog tapi macam em tak dak guna ja buat hahaha. So harap this new blog akan berjalan dan maju la ((ceyyy))

Actually blog ni tak ada apa apa tema pun. Rasa nak tulis aku tulis, so sapa yang rasa nak baca tu sangat dialu alukan. Yang tak mau tu em sokayyyy ((tsk tsk)) Bahasa dalam blog ni pun tak akan formal. Yeah aku akan tulis ikut apa yang ada dalam otak ni la. Kalau campur Malay+English tu hehe mintak mahap yeee. Oh nak bagitau siap siap yang aku akan tulis ni semua nya kaitan dengan hidup aku. In shaa Allah takdak gosip gosip retis ka politik ka. So jangan risau. Aku akan cuba tulis sesantai yang boleh. ((Tow)) hahaha

Sepatutnya aku start blogging semalam (1Jan2015) Tetapi ada aral yang melintang. So, haaaaa baru harini ada masa nak tulis. Alhamdulillah. Tu ja kot untuk "first entry" aku. Huaaaaa aku tau boring hehe sorry act rasa awkward nak menulis. Sorry sorry. Okay lah gonna stop now. Thanks for reading fellas. Jumpa kat next entry.In shaa Allah.

Assalamualaikum :)