Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum semuaaaaaa *gaya host tv gituu*
Alhamdulillah masih ada peluang kita jumpa kat entry yang seterusnyaaaa. Mesti excited kan nak baca entry baru ni ? hehehe joking. So, tau dak lagi aku nak cakap tentang apa ni? haaaa jeling balik title atas tu. nampak dak? Ha macam yang "di title" kan kat atas tu, aku akan cakap pasai hijrah, in shaa Allah.
Okay as semua orang dah tau yang kita ni merupakan umat akhir zaman. Maknanya apa kalau umat akhir zaman tu? Ha maknanya kita dah dekat sangat dah dengan Kiamat. Diulang, K.I.A.M.A.T. Kiamat ni rahsia Allah , so kita taktau akan berlaku bila kiamat ni. Jadi kita manusia ni dah ready ka belum nak hadapi kiamat? Takpalah simpan lah jawapan hampa semua dalam hati. :)
Baiklah, berbalik kepada fokus kita yang sebenarnya harini iaitu HIJRAH. Hijrah atau lebih senang aku kata berubah lah. Maknanya "balik kepada fitrah" kita. Oh ya kalau salah mana mana tu bagitau lah. Takut satgi dok syok syok tulis tapi benda tu salah. Tak pasai orang tuduh ajaran sesat pulak. Nauzubillah. ha okay sambung balik. Hijrah ni banyak definisinya tapi harini aku nak cakap pasai hijrah ke jalan Allah.
Hm nak berubah bukanlah sesuatu yg mudah tapi akan jadi mudah dan indah dengan izin Allah. Kita memang dah niat dah nak berubah tapi taktau apa perkara pertama yang patut buat? Okay senang ja. Kita buat benda first sekali yang ada dalam RUKUN ISLAM. Apadia? Mengucap 2 kalimah syahadah kan? Ha so mengucap la balik. In shaa Allah semua orang tau kan cara nak mengucap? Ha Alhamdulillah.
Lepas tu rukun islam yang kedua pulak ialah Mendirikan Solat. Solat kan tiang agama. Jika solat kita sempurna, in shaa Allah amalan amalan yang lain pun sempurna. So benda first yg kita kena make sure dan WAJIB tekankan bila nak berubah ni ialah Solat 5 waktu sehari semalam. Tak banyak pun sahabat, 5 ja.
In shaa Allah kita boleh lakukan. Kalau cakap pasai solat ja mesti semua cakap "Kalau solat kena khusyuk, kalau tak khusyuk tak guna jugak" Ya betul la kalau solat kena khusyuk. In shaa Allah kita boleh untuk khusyuk time solat tapi makesure la time solat tu ingat Allah ja jangan dok ingat nasi lemak yg kita makan tadi tu sedap sangat dakpun dok ingat mimpi tadi tu best rasa nak sambung mimpi balik. Jangan sahabat jangan. Izinkan hati kita ada Allah ja time solat. In shaa Allah solat kita akan lebih khusyuk. Aminnn
Okay next ! Ha baru lah buat benda benda yang lain macam puasa apa semua tu. Oh di ingatkan, kita kena qada' balik solat fardhu yg pernah kita tinggal dulu. Pernah baca yg amalan amalan sunat kita akan tergantung jika kita tak qada' balik amalan amalan wajib kita yg kita tinggal dulu. Allahu'alam. Kalau ana salah betulkan lah :) Haaaaaa benda penting! Jangan lupa solat taubat tau sahabat sahabat semua. Mohon ampun dekat Allah atas dosa dosa yang lalu. Bersihkan diri kita balik.
Lepas tu perkara yg amat penting lepas dah niat dan dah berubah tu, kita kena la istiqomah. Jangan dok buat dah benda benda yg mendatangkan kemurkaan Allah swt. In shaa Allah kita boleh buat. Ikhlaskan hati dan serahkan semua ibadah kita lillah taala. In shaa Allah akan dipermudahkanNya.
Ha banyak dah ni membebel. Aku bukan lah 'ustazah' nak bagi ceramah banyak banyak ni. Aku cuma saudara seAgama hampa semua. Aku pun masih banyak benda yg nak kena baiki.Oleh itu sahabat sahabat sekalian, sama sama la kita mendapatkan redha Ilahi. Apa yg ditulis ni pun untuk aku sendiri jugak. Tak dak nak point kat sapa. Kita sesama manusia kan di ingatkan supaya saling menasihati. Kalau ada yg aku salah fakta ka apa ka tegurlah. Ana bukan lah alim atau wara' sangat. Langsung tidak. So sampai sini ja rasanya.
Setiap kekurangan tu datangnya daripada aku dan baik baik semuanya daripada Allah.
Terima kasih kerana membaca. Undur diri dulu. Sehingga bertemu lagi sahabat sahabat.
Assalamualaikum :)
No comments:
Post a Comment